Sparkly Santa Hat Ice Cream

Wednesday 29 May 2013

NEVER GIVE UP

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتهُ



Kita perlukan seseorang tika menghadapi masalah. Masalah mana boleh dipendam. Cuba bayangkan baju yang awak dah pakai masa bersukan awak kepam takpayah basuh seminggu. Confirm busuk bukan ? Kita luahkan kepada mereka yang dipercayai. Contohnya ibu ayah, adik-beradik atau teman rapat. Jangan pendam terlalu lama. Bak kata seorang ni, boleh jadi gila. Haha.

Tapi, kalau awak boleh kawal sampai tak jadi gila go on with your own way. Lain orang, lain ragamnya. However, we must tell Allah first. Allah Tuhan kita, Allah Maha Mengetahui tiap sesuatu, Allah Maha Mendengar rintihan kita, Allah Maha Awal yang tahu masalah kita, Allah Maha kaya jadi jangan segan silu untuk memohon bantuan-Nya.

Setiap kali lepas solat fardhu, makesure awak berdoa. If awak terus lipat sejadah/telekung/simpan kopiah, Allah anggap awak hamba yang sombong. Awak nak Allah label awak sebegitu rupa ? Taknak bukan ? Maka berdoalah. Doa itu senjata mukmin. Pastikan menghadap kiblat, tadah tangan, mata lihat tapak tangan, hati benar-benar ikhlas mengharapkan belas kasihan-Nya :)

Sejujurnya, saya sendiri bukanlah kuat setiap kali menghadapi masalah. Then I will refer to my mom and told her everything. She will advice me how to manage it and face it. Sometimes if the problem happen during school time, I will share it with my dear friend. They always there for me. Or I will find my 'pendengar setia'. Seorang yang sentiasa ambil berat, prihatin tentang masalah kawan. Adore gila dengan sikap dia. That is Farah Fauzi. Oh Allah, thanks for sending them.

Terima kasih kepada yang banyak membantu saya dalam hidup. Haaiyaaaa. Nak listkan takut tak sudah pula. Haha. Sila perasan yang saya sayang anda :* Hidup jangan berputus asa, biar jatuh bangkit berlari semula!



Amalina Murni ^.^


Tuesday 28 May 2013

La Tahzan Innallaha Ma'ana

Assalamualaikum...



Duhai hati, gagahkan ototmu. Duhai kasih, mahalkan hargamu. 
Duhai rindu, hadkan perasaanmu.
Bila hati sudah kecewa, sukar untuk dibahagiakan kembali.
Kepercayaan yang diberi jangan dikhianati.
Kelak memakan diri.

Duhai sahabat. Ini sekadar renungan. Hasil pemerhatian diri.
Kadang kalanya, ada masanya.
Takkan aku semangat tanpa sokonganmu.
Takkan aku tersenyum tanpa guraumu.
Takkan aku menggila tanpa merepekmu.

Kita saling melengkapi. 
Kita saling menyayangi,
Tiap saat kau dirindui. Tiap saat kau disayangi.
Jangan khianati ya? 
Terima kasih atas segalanya.

mood : Prepare for the first TRIAL
Doakan yee :)