Sparkly Santa Hat Ice Cream

Monday 29 July 2013

DREAM BIG :D

Assalamualaikum...




Nur Amalina Murni Bt Muhamed.
London School of Economics 
and Political Science.
Accountant wannabe ^_^
InsyaAllah~ 




Assalamualaikum...



Saturday 27 July 2013

Ramadhan Kareem :)

Assalamualaikum...


                                 



Bismillahirahmanirahim. Salam Ramadhan buat ukhti wa akhun, anta wa antum :) Alhamdulillah kerana masih sempat bertemu dan bersua sehingga 18 Ramadhan. Alhamdulillah, Syukur YaAllah :') Sungguh Kau Maha Pemberi Nikmat. 'Perbanyakkan yg sunnah, jauhi larangan-Nya'. Tema puasa saya pada tahun ni. Tingkatkanlah amalan ibadah kita, perbaikilah relationship kita dgn Allah dan semua makhluk. Insya-Allah puasa kita lebih bermakna kelak :) hm, biasanya saya sahur makan kurma plus air jee sebab kandungan glukosa dalam kurma tuu sangat tinggi untuk memberi tenaga kepada kita sepanjang hari :) Hewhew. ^_^ Plus boleh lah berdiet sekali. hehe 

Anyway, sila tengok header baru. Lawa bukan ? Just The Way I Am. Ahah :D Kidding ! Starting from now I just hope I will be myself and not pretending to be someone else. It tired right to be somebodey else? Acting 24 hours non-stop and being not honestly to everythings. What a sucks life right? Just be yourself dear and proud of yourself. Thanks to Allah :) We've two eyes, two ears, a nose, a complete body. Outside there many people with no legs or no hands or known as Orang Kelainan Upaya but they proud of themself. Why don't we just be like them ? 

Ahah. Tiba berceramah panjang. Saja jea sebenarnya. And I would like to tell that my health is going not well. My hands is getting 'lenguh' but my nerve is force its to write and draw. Ya Allah, give me strong strength to get through this life. I just can hope at you and you and you ya Allah. There's nobody else can help me when I'm alone :')

Buat apa jua, biar niat kerana Allah. Moga diberkati. Moga dirahmati. Assalamualaikum.
Kesedihan ? Biar Allah yang tahu.
Airmata ? Jangan diiringi selalu.


                          

                                        
TRIAL.

YaAllah ampunkan dosa-dosa kami. Permudahkanlah urusan kami. Dan kuatkan ingatan kami. 
Aminnnnnn.

I'll try me best. Insya-Allah.
Please pray for my trial dear ? Syukran jazilan :)
Assalamualaikum.

Salam Ramadhan Kareem.
 Sumpah saya rindu awak :'(
Nur Amalina Murni.





Wednesday 26 June 2013

Success ^_^

Assalamualaikum ^_^

I was afraid of the dark but now it's all that I want.

vdfgdb
Success
must be planned for, 
worked for, 
and most important....
prayed for.

Taksemua impian kita akan menjadi realiti.
Bagi mengejar sebuah kejayaan, harus diiringi dengan usaha. Jika berimpian untuk mendapat keputusan 9A+ dalam SPM, bukankah usaha juga harus A+ ? Kena banyak buat ulangkaji, buat latih tubi, uji diri sebelum diri diuji, hafal keywords dan sebagainya. Maka dengan ini saya Nur Amalina Murni akan berusaha sedaya upaya demi meniti kejayaan di dunia dan akhirat :) Pray for me and my friends, guys. I'll pray for you too. Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah berlalu. Tiba masanya bersedia untuk percubaan ! Fighting camdee !

Suka Izzu Islam >.<

Ohh, you all tengok cerita Sebenarnya saya isteri dia dak yang kat TV3 uh ? YaAllah best nyaaa cerita nih... Sumpah sweet gilaa >.< dah laa dalam cerita ni diorang dah kahwin. So, of course lah nak buat apa pun boleh. Every time saya tengok cerita ni, mesti terdetik kat hati nak bercinta after kahwin jugak. HIHI :D Sebab betapa sweet nyaaa bila bercinta selepas kahwin.. kan ? :) Sebab nak buat apa pun TAK HARAM & TAK DILARANG !!


 #newbook #aw #excited... :D
#background *in my dorm :)* lawa kan ?
Semua orang jealous and nak pinjam buku ni.. huhu 
TAK NAK KASI.. SAYANG :P
HAHA just kidding~

STASTRONG !!!!
Make them wonder 
why you're still 
SMILING =)

I'm sorry
I hope you can wait for me until its time.
May the odds forever be in our favour :')

Kita hidup ini bukan untuk TERUS HIDUP. 
Tapi untuk hidup di ALAM YANG SETERUSNYA.
BERSABARLAH, 
sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan, 
tetapi, apa yang TIDAK DIDUGA selalu berlaku dengan tiba-tiba.
Biarlah kita menangis hari ini kerana 
kesakitan semalam T.T
Tetapi usahlah ketawa berpanjangan,
kerana kegembiraan itu 
BELUM PASTI 
untuk selama-lamanya :')

 So, that's all i guess. Just take care of yourself, reader ;)



Thursday 20 June 2013

Siapkan our project Account =.=

Assalamualaikum ^_^

Whoa, about two weeks tak update. HAHA. Berhabuk *uhuks ahaks. This week agak penat sikit, sebab banyak program yang sekolah sediakan =='  Yemeh. But alhamdulillah kuat untuk harung segalanya bila my mom always support me. Weeuu, thanks ummi :') Now, kitorang satu class dekat lab comp kena siapkan our project work subject Account. Enam masa sekali gus kena berhempas pulas utk siapkan our project =.= huhu 

Awesomelady !!! Hah, mesti korang pelik atau hairan atau apa-apa lah yang seumpama dengannya mengenai awesomelady kan ? Okay, I chooce that's word supaya dia jadi satu doa semoga one day soon I'll be an awesome lady that can be proud of all. Kata-kata itu satu doa right ? Mwehehe. Doakan saya ea ? And INGAT! Kalau berdoa jangan untuk diri sendiri sahaja, biar untuk semua orang juga, insya-Allah cepat termakbul doa kita ;)) Anyway, how about your test result ? Me ? ALHAMDULILLAH :) Semua result menaik kecuali ADDMATH =='  But apapun SEMANGAT perlu diteruskan untuk terus BERJUANG for the next exam which is OUR first TRIAL :O huhu cuaaaaak ohh.. tinggal one and half month jee ! Apapun, kita kena ingat satu benda ni, "Prestasi saya pada masa hadapan adalah usaha saya pada masa kini, dan bukan kerana kegagalan atau kejayaan pada masa lampau"... mantobb right. Insya-Allah semua A for my first TRIAL. Aminn.

Ya Allah, matikan kami di dalam Kalimah Agung "LAILAHAILLALLAH" Amin. :')
p/s : Last but not least, i got new friend :D wee~
Hope our relationship will last longer and bring me to Jannah :)



Amalina Murni ~

Tuesday 4 June 2013

Happy Birthday My Friend :D

Assalamualaikum Mas >.<

Today is a perfect day to tell you that you are a wonderful friend. Wishing you all the best today and throughout the coming year! So, HAPPY BIRTHDAY MY DEAR :D Am I the first one to wish you Happy Birthday today? NO? The second one? No? Doesn't matter, in my mind I was the first one who thought of you at midnight on your special day :) 


It has been said that real friends 
Are very hard to find. 
The ones that stay when times are tough 
A real friend - the lasting kind. 
As I travel through this life, 
I know one thing is true. 
I will never find a better friend 
Than I have found in YOU!
Happy Birthday to a special friend! 

Dude, really thanks for da last week. I really miss that moment right now. Hope awak dapat datang lagi rumah saya :) tidur tuuu biar lah banyak malam sikit, ni semalaman jeee... tak cukuupppp :( tak sempat nak bergosip... even malam tuu pun kita tidur lepas pukul 4 still tak cukup !! :p haha nanti datang lagi eh.. ajak ramai-ramai, baru best :D 

Semakin meningkat usia, bukanlah bermakna kita semakin tua, tetapi semakin matang dalam mambuat sesuatu keputusan. Semakin dewasa, semakin banyak rintangan perlu dihadapi, semakin banyak dugaan yang diuji, semakin banyak masalah perlu diselesaikan, semakin banyak pengalaman dilalui. Masalah dan dugaan yang lalu jadikanlah suatu pengajaran dan teladan. Janganlah mengulangi kesilapan lalu. Jika hari ini baik daripada semalam, maka berbahagialah kamu :)

LOVE YOU TILL JANNAH <3
lets make history together !
Straight A+ InsyaAllah :)

Written by : Nur Amalina Murni :)

Saturday 1 June 2013

Apa Khabar Wahai Jodohku ???

Assalamualaikum...

Apa khabar jodohku ? Sihatkah ? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu ? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir ? Dan apakah mulutmu terus-menerus berzikir dimalam hari ?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang–kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku ? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya ?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan ? Dan apakah nanti saat Zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya ?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, hatimu tidak terluka kan ? senyumlah. Kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu ? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang akan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku ? Bagaimana dengan Quran mu ? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak ? Apa yang kau fahami dari surah itu ? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya.. Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang ? Semakin baikkah ? Aku berharap seperti itu.

Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku.. Ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.. Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..
Nantilah aku, dengan berbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas.

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak–anak kelak. Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
Kalau siang sudah berlalu. Pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu… Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu. Ingatlah sayang.. Aku selalu ada untukmu.. Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..


Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu…. 

Wednesday 29 May 2013

NEVER GIVE UP

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتهُ



Kita perlukan seseorang tika menghadapi masalah. Masalah mana boleh dipendam. Cuba bayangkan baju yang awak dah pakai masa bersukan awak kepam takpayah basuh seminggu. Confirm busuk bukan ? Kita luahkan kepada mereka yang dipercayai. Contohnya ibu ayah, adik-beradik atau teman rapat. Jangan pendam terlalu lama. Bak kata seorang ni, boleh jadi gila. Haha.

Tapi, kalau awak boleh kawal sampai tak jadi gila go on with your own way. Lain orang, lain ragamnya. However, we must tell Allah first. Allah Tuhan kita, Allah Maha Mengetahui tiap sesuatu, Allah Maha Mendengar rintihan kita, Allah Maha Awal yang tahu masalah kita, Allah Maha kaya jadi jangan segan silu untuk memohon bantuan-Nya.

Setiap kali lepas solat fardhu, makesure awak berdoa. If awak terus lipat sejadah/telekung/simpan kopiah, Allah anggap awak hamba yang sombong. Awak nak Allah label awak sebegitu rupa ? Taknak bukan ? Maka berdoalah. Doa itu senjata mukmin. Pastikan menghadap kiblat, tadah tangan, mata lihat tapak tangan, hati benar-benar ikhlas mengharapkan belas kasihan-Nya :)

Sejujurnya, saya sendiri bukanlah kuat setiap kali menghadapi masalah. Then I will refer to my mom and told her everything. She will advice me how to manage it and face it. Sometimes if the problem happen during school time, I will share it with my dear friend. They always there for me. Or I will find my 'pendengar setia'. Seorang yang sentiasa ambil berat, prihatin tentang masalah kawan. Adore gila dengan sikap dia. That is Farah Fauzi. Oh Allah, thanks for sending them.

Terima kasih kepada yang banyak membantu saya dalam hidup. Haaiyaaaa. Nak listkan takut tak sudah pula. Haha. Sila perasan yang saya sayang anda :* Hidup jangan berputus asa, biar jatuh bangkit berlari semula!



Amalina Murni ^.^


Tuesday 28 May 2013

La Tahzan Innallaha Ma'ana

Assalamualaikum...



Duhai hati, gagahkan ototmu. Duhai kasih, mahalkan hargamu. 
Duhai rindu, hadkan perasaanmu.
Bila hati sudah kecewa, sukar untuk dibahagiakan kembali.
Kepercayaan yang diberi jangan dikhianati.
Kelak memakan diri.

Duhai sahabat. Ini sekadar renungan. Hasil pemerhatian diri.
Kadang kalanya, ada masanya.
Takkan aku semangat tanpa sokonganmu.
Takkan aku tersenyum tanpa guraumu.
Takkan aku menggila tanpa merepekmu.

Kita saling melengkapi. 
Kita saling menyayangi,
Tiap saat kau dirindui. Tiap saat kau disayangi.
Jangan khianati ya? 
Terima kasih atas segalanya.

mood : Prepare for the first TRIAL
Doakan yee :)





Thursday 21 March 2013

Be Yourself ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
Good Morning peeps :D *wave hands* , hv a blast and take care :)
Sorry lama tak update, M.A.L.A.S !

So hello guys. I know, I know. It's getting dusty here, right ? So long since I've actually post something here. Really tired today, baru jee sampai dari KL. But alhamdulillah Allah still wanna to ease our agenda today :) A week school holidays. Hope I can manage it well. Really hope. Ahaks.

Okay, kauorang mesti selalu dengar ayat nih kan --> "BETTER BE YOURSELF" ataupun "JADILAH DIRI SENDIRI TAKPERLU IKUT ORANG LAIN". Kan kan ? Haa, here saya nak bertanya dan menyatakan apa yang saya nak cakap. Nak marah ? Nak polak ? Silakan. Nak tegur lagi boleh dan nyatakanlah pendapat anda. Kita perlu saling ingat-mengingati dan saling nasihat-menasihati, right ?

First case ; Saya kurang faham dengan kenyataan tuh. Sebab bukan ke penceramah yang hebat-hebat mengatakan ikutlah benda yang baik tapi jadikan yang tidak baik itu sebagai pengajaran. Haa ? So kenapa kauorang nak marah if ada orang ikut cara kauorang ? Dah mereka nampak awak tuh baik, manalah depaa tak ikut. Dah awak tuh pakai shawl kemas dan lawa, manalah orang taknak ikut cara awak pakai. Haiyoo.

Second case ; Nih kebanyakannya jadi dekat laman sosial Facebook. Kebanyakan pengguna Facebook selalunya buat status dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Korea kan ? So ramailah kawan mereka yang akan terikut jugak nak buat status dalam bahasa lain dengan menggunakan perkhidmatan Google Translate. Tiba-tiba nanti dia akan tulis -> 'aku buat camtuh, kau pun buat' or yang seangkatan dengannya. Maybe rimas tengok orang lain pun nak tulis status cam dia. Lahh, kenapa nak marah ? Bukan ke dengan cara tuh kita dapat belajar macam-macam bahasa dan menambahkan lagi pengetahuan ? Tak perlulah nak marah. If tak selesa pun, tegur jelah dengan cara sopan okay.

Third case ; Orang sekarang kan suka edit gambar lawa-lawa termasuklah saya sendiri. Bila saya stalk gambar kawan-kawan saya kat Facebook kan, whoaa semuanya cun meletup ahh. Then saya terperasan ada budak yang ikut cara kawan saya tuh edit. Beberapa hari kemudian saya tengok gambar yang kawan saya tuh edit dah takde. Aik pelik. Benda negatif yang saya fikir -> 'kenapa nak padam, kan dah lawaa. mybe sebab budak tuh tiru kot'. Yang positif -> 'hmph, mybe takpuas hati dengan hasil seni dia kutss'. Heh, pening kepala. Biar jelah orang nak ikut, best apa. Tak ke rasa kita nih macam artis nanti ? :'D

Maybe tuh jea kot. So, takboleh ke orang lain ikut cara kita ? Salah ke ? Sebelum buat apa-apa better anda fikir dari sudut negatif dan positif. If taknak kepala otak tuh sakit, senang jea. Fikir positif, anda selamat. Elak daripada penyakit, ukhuwah terjamin :) Sebarang komen atau cadangan, sila nyatakan di komen dekat bawah nih atau Facebook -> http://www.facebook.com/amalinamurni. Saya sangat mengalu-alukannya ;)

Last but not least, Good Luck for AMIGAS ; Berdoa kepada Allah agar sentiasa ditenangkan hati. Sentiasa positif. Keputusan SPM bukanlah penamat segala-galanya :)