Sparkly Santa Hat Ice Cream

Tuesday 20 November 2012

Putus Cinta !

(: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتهُ 

Hey guys :D Sejuknya pagi nih -,- Hari nih mencatat sejarah lagi. Bangun terus mandi. Selama ni kalau cuti jee start ahh episod mandi lambat tu memang wujud lah ! Malas ohh  >.< Dahlah sejuk. Tapi pagi ni banyak kerja nak buat.. Especially kemas rumah! YaAllah, rumah ni dah macam kapal pecah pun.. Bersempah nak mapuih ==' But pukul 10 nanti ada tuisyen pulak. Dekat Nik Adib. Alahai penatnyaa ==' As usual, homework -,- not done yet. Got to do it by tonight, and tomorrow is going to be a fresh start :) hm, btw, I've got something to share. Post kali ni nak cerita mengenai PUTUS CINTA. Perempuan kalau dah putus cinta, pehhh. Merana, meraung, menangis, melolong dan segala macamlah. Okay, kat bawah nih nak share sedikit nasihat buat anda yang akan putus cinta atau yang sedang putus cinta atau pernah putus cinta. Not only for girl, but for boy too. 

Ohh before tu, takde kaitan dengan saya pun, just nak hilangkan rasa bosan ==' 
hee :)
Firstly, kalau da putus mesti......................

Kalau stok yang asyik berkepit dengan pasangan, dah putus mula la nak cari rakan dan bergaul mesra. Then, mula berpikiran secara islamik dan terus pegi page, "budaya kapel itu haram"..lalu tekan LIKE. Terus potong rambut sebab nakkan kelainan. Perkara pertama yang dilakukan selepas putus ialah delete number bf/gf..tapi isunya, hampa sebab dah hafal number gf/bf masing-masing lagu mana nak lupa ? Sapa yang dok galak bikin kisah percintaan kat blog, terus delete entry2 "how i met my HINCHIK-BALAK- AKU- SORANG -JE -HENSEM", atau "HARI KITA DATING DEKAT CHILLIS GILLIS.". Semua folder gambar tunjuk muke senget kanan, senget kiri, gambar sudut atas, gambar dalam kereta, gambar laga pipi, gambar setiap kali keluar date akan didelete, tapi 5minit kemudian, bukak balik recycle bin dan restore semula, pastu crop picture yang mana dan pastu delete semula. Ish3 ==' Lebih memilih untuk bersendirian di bilik,takut kang naik kereta ingat partner, order teh ais ingat partner, pergi tengok wayang ingat partner. grrrrrr...tension.. >.< Tukar status "in a relationship @ Married" kepada Single.

#Cuba angguk mana yang tepat dengan anda ??

Saya cakap berdasarkan pengalaman saya dan orang lain juga ^^ ;
Kenapa perlu menangis ? Bukan saya kata menangis tuh tak perlu, memang perlu. Tapi janganlah berlebihan. Nanti mata bengkak macam mana ? Kau nangis pun takdanya boyfie/girlfie yang nak lapkan airmata. Kenapa perlu meraung ? Nanti sakit tekak siapa susah ? Takdanya time uh girlfie/boyfie yang dulu dok berjanji setia nak hulurkan dequadin. Kenapa nak mengilai ? Tak pasal-pasal nanti hantu pontianak hilang pekerjaan tetap diaorang. Kenapa nak muncung ? Tak pasal-pasal saya sangkut hanger kat muncung tuh nak ? Kenapa nak bermuram durja ? Bukankah ketawa boleh memanjangkan usia ?


Sudahlah wahai sang matang. Usahlah bersedih. Just think POSITIVE. Tanamkan dalam minda anda, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Tuhan menguji kerana Dia sentiasa ingat tentang hamba-Nya, Dia sayang akan hamba-Nya. Allah takkan menguji di luar kemampuan kita, reader. Mungkin Allah sedang mempersiapkan sesuatu yang lebih baik buat kita. Mungkin ada lagi jejaka/wanita yang lebih baik untuk kita. Mungkin ex kita tuh lebih padan menjadi rakan kita. Dah clash, takpayahla nak bermasam muka bermusuh musuh. Rileks lah bro. Janganlah berputus asa. Kalau kata hati kata tunggu dia, tunggulah dan bersabarlah. Jangan pernah berhenti berdoa. Doakan Allah buka pintu hati dia untuk awak, lembutkan hati dia agar bisa menerima awak dan dia menjadi insan yang bisa mendidik awak ke jalan yang benar :)

Balas dendam ? For me, ianya tak perlu. Sebab bukankah kejahatan yang dibalas dengan kebaikan itu mulia ? Memanglah awak akan kata 'cakap senang lah!'... Eit, haluu. Cuba fikir. Kalau asyik balas dendam je, bila cerita mau habis ? Sampai kiamat ? Okay, its up to you lahh. Pada saya, kalau kita betul-betul sayang dia tak perlu kita buat jahat. Doakan yang terbaik untuk dia. Buat apa nak bergaduh ? No hate, no regrets :) Okay awak awak ? Maybe ini sahaja untuk kali nih. Sebab ada hal lagih. Nanti saya sambung lagih :) Sorry kalau membosankan. Takecareyourself.

Ayuh kawan jangan buang masa, penuhi usia muda kita dengan amalan yang boleh menjadi tiket penerbangan ke Syurga. Happy Holiday for you all :) Untuk budak asrama, hargailah masa di rumah sebaik mungkin. Jangan sia-siakan nya. Okay ? :) Niatlah segalanya kerana Allah, InsyaAllah keberkatan itu ada ;) Saya sayang kalian. Doakan saya cemerlang dalam SPM next year yee ^_^ Yang penting usaha okay. Jangan malas-malas dah. Pulihkan semula silaturrahim kita, biar kita berjaya sama-sama dunia akhirat okay ? Kongsikanlah ilmu di dada biar semua sama rata dapat okay ? 

So, that's all i guess. gtg. Thanks kepada sesiapa yang sudi membaca. Sorry kalau membosankan >.< Take care yourself :) Ok, Assalamualaikum >.<



Bittaufiq Wannajah!
Amalina Murni <3

2 comments:

  1. akak macam mana nak buat blog? -sofiah baharim

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete