Sparkly Santa Hat Ice Cream

Thursday 8 November 2012

Sejauh mana tahap cintaku pada-Mu ??

Assalamualaikum..

 " اللهم صلى على محمد وعلى آله وصحبه وسلم "

#Sejauh mana tahap cintaku pada-Mu ?

1. Kita menerima SMS daripada sesetengah yang kita sayang pada waktu tengah malam. Pantas sahaja kita membalas. Begitu juga, kita mudah memberi bantuan sekiranya orang tersebut meminta dibantu. Tetapi, adakah kita begitu pada Allah ? Adakah kita tetapkan suatu jangka masa tertentu untuk Allah ? Contohnya, apabila masuk waktu solat, tanpa berfikir panjang, kita tangguhkan dahulu urusan lain kerana masa tersebut sudah ditetapkan untuk Allah. Apabila ada perkara lain yang datang... "sorry, you have to wait!" Adakah begitu ?

2. Fahmi pasti sayangkan ibu Fahmi. Kalau ibu Fahmi larang: "hari ni kamu jangan ke mana-mana, tolong ibu di rumah." Kalau Fahmi nak keluar, pasti tak sedap hati sebab mak meminta untuk membantunya di rumah. Itu tandanya Fahmi sayangkan ibu dan akur dengan kehendaknya. Bagaimana pula perintah dan tegahan Allah ? Adakah kita akur ? Setakat ungkapkan kata: "Saya cinta Allah", tetapi perintah Allah kita tak laksanakan. Adakah itu tandanya kita cinta?

3. Kalau seseorang yang kita sayang minta buat sesuatu, pasti dengan segera kita uruskan. nak buktikan kitalah yang hebat dan hero. Betul tak ? Adakah kita akan bertanyakan 1001 soalan mengapa kita perlu buat ? Bagaimana pula kita 'melayan' permintaan Allah ? Allah minta kita tutup aurat, pelbagai alasan kita berikan. Allah minta kita tunaikan solat, pandai pula kita mengelak dengan berkata: "Buat apa solat kalau tak faham makna dalam solat." Allah minta kita hormat ibu ayah, tidak pula kita endah. Adakah itu tanda cinta kita ? 

#copied

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Tersedar jua. Adakah kawan atau sesiapa yang beri aku bahagia ? Aku berfikir, mencari jawapannya sejenak. Aku berkata ya mungkin. Ahh biarlah. Lama-lama baru terasa, bukankah Allah yang bagi semua nikmat nih ? Oh Allah. Aku baru tersedar. Aku sering ingat mereka yang sering buat aku bahagia, gelak. Astagfirullah hal azim.

Anyway, please laaa, jangan mengejek atau pandang rendah dekat orang yang mahu berubah. Salah ke kalau dia nak berubah ke arah kebaikan ? Jangan cepat salah sangka. Sekurang-kurangnya berdoa and bersyukur pada Allah sebab beri hidayah untuk dia. And lagi satu, kesalahan orang cepat je nampak, kesalahan diri sendiri macam mana ? hm... fikir-fikir kan lah... =='

 Sekadar perkongsian. Saya tegur anda, saya tegur diri saya juga. Salah silap saya harap ditegur dan dapat dimaafkan (: 
Be an extraordinary and you'll get back the benefit.

Goodluck in your life guys. Life is too short. So onjoy it before we leave it. Penuhilah tuntutan ibadahmu pada-Nya, hormatilah kedua orang tuamu selagi mereka masih ada, berbaiklah sesama manusia demi kebaikan agama, bangsa dan negara. Hargailah mereka yang menyayangi anda :) Salam ukhwah fillah. Takecare.

With cousin <3


Wallahuaklam.
Amalina Murni :)          
Struggle to be a good muslim.
InsyaAllah..                

No comments:

Post a Comment